Jumaat, 26 September 2014


Salam semua..entry kali ni pula pasal kaum wanita dan period.

Seperti yang kita tahu, wanita sepatutnya datang haid sebulan sekali kan. Kitaran haid yang normal pula ialah 28hari.

Kalau tidak mengandung tapi period datang lambat, mesti risau kan. Sekiranya period datang lambat sehari dua, itu masih di kira normal. Bagaimana pula kalau berminggu-minggu? Bahkan ada yang sampai berbulan-bulan period lambat datang. Mesti terasa macam ada something wrong saja kan..ada sebab kenapa period datang lambat..



Jom baca di sini, saya kongsikan hasil pembacaan saya. Semoga memberi manfaat kepada semua yang membaca.

Antara sebab kenapa period datang lambat ialah:
1. Isu berat badan
Memiliki tubuh badan under weight atau over weight boleh mengganggu kitaran haid yang normal. Sama ada tubuh kekurangan berat atau terlebih berat, badan akan berada dalam keadaan 'amenorrhea' atau mengalami keadaan di mana penangguhan period dalam tubuh badan.

Sekiranya tubuh badan kekurangan berat (under weight), badan tidak cukup sel yang sihat untuk mengeluarkan hormon estrogen dalam badan.

Manakala kalau terlebih berat (over weight) pula, boleh menganggu fungsi hormon dalam badan.

2. Pemakanan yang tidak teratur
Ini sangat berkait rapat dengan isu berat badan dan pemakanan yang tidak sihat.

Kadang-kadang ada yang takut gemuk, muntah balik tu makanan selepas makan. Ini juga boleh menjejaskan kitaran haid.

3.Tekanan emosi atau stress
Work load yang berlebihan, kemurungan, persekitaran yang tidak ceria, masalah kewangan dan banyak lagi boleh menyebabkan stress.

Stress ini juga boleh mengakibatkan period datang lambat. Dan sebenarnya, dalam situasi ini, period yang datang lambat merupakan cara badan kita mau bagitau kita supaya relax dan layan diri kita sebaik-baiknya. Seboleh-bolehnya manjakan diri dengan rehat yang cukup.

4. Senaman yang berlebihan
Ini biasanya dihadapi oleh para athlete. Ballet dancers dan gymnast merupakan athlete yang berisiko tinggi period selalu datang lambat. Ada kalanya, period boleh terhenti.

5. Menopause / Di ambang menopause
Gejalah menopause tidak mengira usia. Kadang-kadang wanita umur awal 20 pun boleh berada di ambang menopause.

Sekiranya anda kuat berpeluh dan kesejukan pada masa yang sama, ketahui lah bahawa ini adalah petanda awal menopause. Selain itu, period yang tidak normal juga petanda awal menunjukkan badan tidak lagi produktif. Ini juga boleh mengakibatkan period datang lambat.

6. Masalah Thyroid
Sekiranya thyroid anda tidak aktif, then anda mempunyai masalah hypothyroidism. Di mana keadaan ini boleh menggangu pengeluaran prolactin, yang diperlukan tubuh untuk pengovulan dan memastikan kitar haid yang normal.

7. Pengambilan ubat-ubatan
Pengambilan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor untuk merawat sesuatu penyakit juga boleh menyebabkan period datang lambat. Akan tetapi, period boleh back to normal juga sekiranya sudah stop makan ubat.

8. Hormon yang tidak seimbang.
Wanita yang mengalami hormon yang tidak seimbang selalunya menghadapi kitar haid yang tidak teratur. Wanita yang ada PCOS ( polycystic ovarian syndrome) lebih cenderung lambat datang period.

Haa..ini adalah antara 8 sebab kenapa period datang lambat. Sebenarnya ada banyak lagi sebab atau punca. Depends dengan persekitaran dan kesihatan tubuh badan masing-masing. Sekiranya naluri anda mengatakan something wrong with your body, better cepat-cepat jumpa doctor dan buat check-up.

Untuk memperbaiki masalah ini pula, anda boleh mengamalkan consume Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee atau GLA Complex Shaklee. Kedua-dua supplements ini sangat membantu dalam usaha memperbaiki masalah hormon.

Ok guys..thank you for reading me..have a nice day..^^


Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.

Facebook: Ckaysung HG
Facebook Page : Good_Life_With_Natural_Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448

“The greatest wealth is health."  ~ Virgil
 

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...