Bila anak sakit, kita sebagai ibu bapa menjadi sangat lah risau. Berjaga sehingga pagi untuk pasti kan suhu badan anak tidak naik mendadak dan memanjang. Terdapat juga ibu bapa yang mudah panik bila berhadapan situasi anak sakit. Saya salah satu ibu yang mudah panik juga. Benar lah kata orang bahawa bila anak sakit, kita menjadi 1000 kali rasa sakit. Memang sangat sedih dan pilu sekali bila anak sakit.
Ketika ini, baby javi saya kurang sihat. Baby baru 5 bulan 3 minggu. Dia demam dan batuk-batuk. Risau sangat. Yang paling merisaukan saya ialah demam panas. Untuk turunkan suhu panas badan baby, ini yang saya buat. Sebab tidak mahu anak panas berpanjangan.
Yang pertama sekali, sepertimana yang telah disharekan oleh ibu-ibu pengalaman, saya pasti kan baby pakai pakaian yang selesa. Baju berlengan pendek ataupun baju yang berlubang-lubang tu. Ini adalah untuk mengalirkan suhu panas dalam badan untuk keluar. So kita jangan bungkus baby ketika demam panas.
Dan yang kedua, saya akan lapkan badan baby dengan air suam. Saya akan letak kan kain basah suam di bahagian tengkuk baby untuk beberapa minit. Pakai air suam untuk basah kan kain ya kawan-kawan. Jangan pakai air sejuk. Nanti terkejut badan baby.
Kemudian, saya akan sapukan atau lumurkan Herbal Blend Shaklee ke seluruh badan baby. Di belakang baby, dada, tengkuk, kaki dan tangan. Semua saya sapukan herbal blend. Suhu panas akan beransur-ansur turun. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.Dari suhu 39.9 ke 37.4 dalam masa setengah jam. Sangat bersyukur bila suhu panas badan baby beransur turun.
Cara-cara diatas ini boleh la dipakai untuk menurunkan suhu panas baby ketika demam. Ini adalah untuk mengelakkan suhu panas semakin tinggi dan berpanjangan. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik kita berjumpa dengan doctor untuk mengenalpasti punca anak demam. Sementara belum berjumpa dengan doctor, kita boleh cuba turunkan suhu panas baby dengan cara di atas tadi.
Anda mungkin ada cara tersendiri untuk atasi situasi seperti ini. Jom share dengan saya. Saya amat berminat untuk mengetahuinya.
Love,
Mama Holavi
0 comments:
Catat Ulasan