Memaparkan catatan dengan label Pesakit Diabetes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pesakit Diabetes. Papar semua catatan

Rabu, 29 Oktober 2014


"..ini kaki mama saya. Kena operate sebab kencing manis. Setiap hari saya perlu tukarkan balutan untuk luka dia ni. Untuk elak jangkitan kuman. Setiap hari juga saya spend 2 jam untuk kerja-kerja membersihkan luka. Kerja ini perlu dilakukan perlahan-lahan dan teliti sebab isi atau daging luka tu pandai melekat di kain balutan. Di situ la mama saya akan menangis-nangis kesakitan keperitan. Luka dia ni sudah berbau seperti bangkai.

Kawan saya suggest cuci pakai Basic H. Lalu saya pun mencuba. First time saya pakai, saya terus alami perbezaan yang sangat ketara.

Perbezaan yang ketara.. 
- bau bangkai serta merta hilang. Bilik mama saya pun tidak lagi berbau.
- saya spend kurang sejam utk membersihkan luka.
- mama saya tidak lagi menangis-nangis kesakitan. Masih sakit tapi boleh tahan dia bilang.
- tiada lagi isi daging terlekat pada kain balutan semasa saya tarik kain tersebut.

Hati ini sangat-sangat la bersyukur sebab mama saya tidak lagi menangis-nagis setiap kali saya membersihkan luka dia." Puan M, Tambunan.


..dapatkah anda rasa kesakitan dan keperitan ibu ini setiap kali lukanya dibersihkan dari kain balutan ??..

Jumaat, 16 Mei 2014

Kepentingan Suplemen Garlic Complex Kepada Kesihatan Tubuh
  1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana mengandungi ekstrak spearmint.
  2. Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida
  3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
  4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.
  5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.
  6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung dalam tubuh tanpa kita sedari.
  7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.
  8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana mengandungi sebatian selenium + germanium + acid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.
  9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan pergelangan kaki
  10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan bronkitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)
  11. Bagi yang mempunyai Diabetes – Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan meransang hati untuk mengawal gula dalam darah
  12. Mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan pada:
    • Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
    • Perut memulas (stomach upset)
    • Cirit-birit (Diarrhea)
    • Bronkitis
    • Luka-luka (infected wounds)
    • Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing dan sebagainya.
Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Galic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan suplemen Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. (tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.

Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee
  1. Pengekalan 100% Allicin aktif
  2. Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
  3. Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
  4. Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
  5. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.
Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dll dan anda berasa khuatir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, ambillah suplemen garlic ini kerana ia merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.



Secara Ringkas : 
Khasiat dan kelebihan Garlic Complex Shaklee:

* Adalah antibiotik yang semulajadi dan selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkam sistem imun badan dan menghalang penyakit berjangkit seperti selesema.
* Membantu menghalang alergi seperti sinus dan asthma
* Mempertingkatkan sistem penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman.
* Menurut kajian dengan pengambilan 2 – 4 tablet garlic dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
* Sebagai detoks kerana mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas.
* Menurunkan kolestrol
* Melindungi jantung
* Menghalang strok dan penyakit kolonari
* Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser – Nitrosamine.
* Menstabilkan glukos dalam tubuh.


Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.

Facebook: Ckaysung HG
Facebook Page : Good_Life_With_Natural_Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448

“The greatest wealth is health."  ~ Virgil
Apa itu ESP?

Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. Didatangkan dalam canister dan berbentuk serbuk. ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, horlick, susu atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi.


Perbezaan Shaklee

Shaklee menggunakan protein soya Non-GMO. Apakah bendanya tu? Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya itu bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen Shaklee dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

Apa beza GMO dengan Non-GMO?

Non-GMO ialah ringkasan bagi Non Genetically Modified. Maksudnya, genetik kacang soya yang tidak mengalami pengubahsuaian atau menggunakan bahan kimia semasa ia ditanam untuk menjadikan soya itu lebih besar atau cepat besar/ matang. Soya yang terkandung dalam ESP ditanam secara semulajadi dan dijaga sehingga ia sedia untuk dituai. ESP dicuci dengan air (bukan menggunakan bahan kimia atau alkohol) bagi mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

GMO pula dihasilkan secara tiruan menggunakan bahan kimia supaya cepat membesar dan boleh dituai dalam waktu yang singkat. GMO soya dijual dengan harga yang lebih murah tetapi memberi kesan negatif kepada consumer seperti kanser, fungsi tiroid menjadi lemah, sel darah bercantum sesama sendiri dan lain-lain. 90% soya yang dijual di pasaran adalah GMO!

Selain itu, Shaklee ESP diproses dibawah suhu yang rendah bagi menjaga kandungan asid amino. Apakah itu asid amino? Asid amino ialah monomer bagi protein. Ia terdiri dari dua jenis: iaitu asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. Asid amino perlu tidak dapat disintesis oleh badan manusia, dan ia diperolehi dari makanan. Terdapat 9 jenis asid amino perlu dan ianya dipanggil sebagai asid amino lengkap. ESP mengandungi kesemua 9 jenis asid amino perlu!

Siapa yang perlukan ESP?

Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein tidak digalakkan mengambil ESP. Ia sesuai untuk semua:
  1. Individu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan cergas.
  2. Individu yang ingin menguruskan badan: hanya bancuhkan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberi rasa kenyang yang lebih lama.
  3. Wanita hamil: membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan. Protein diperlukan untuk membina placenta dan sel tubuh bayi. Amalan mengambil ESP ketika mengandung juga dapat mencantikkan kulit bayi.
  4. Ibu-ibu yang menyusukan anak: membantu membanyakkan dan mengekalkan supply susu disamping pengambilan air yang cukup dan proses pengepaman yang konsisten.
  5. Pesakit kencing manis: mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
  6. Individu yang mementingkan penjagaan kulit muka: membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri.

ANTARA RESEPI ESP 

1) 1 sudu bancuhan ESP + Air Suam 
2) 1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk (Susu kotak atau susu tepung) 
3) 1 sudu bancuhan ESP + Milo 
4) 1 sudu bancuhan ESP + Twister Oren 
5) 1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk + kurma (kurma tu rendamkan dulu dan boleh potong saja kecil2 mahupun blend) 
6) 1 sudu bancuhan ESP + Ribena 
7) 1 sudu bancuhan ESP + Nesvita 3 in 1 
8) 1 sudu bancuhan ESP + Susu Anmum 
9) 1 sudu bancuhan ESP + campuran buah-buahan dan blend (boleh pilih buah kegemaran anda) 
10) 1 sudu bancuhan ESP + Horlicks 
11) 1 sudu bancuhan ESP + Nestle Bliss 
12) 1 sudu bancuhan ESP + Meashake/Performance Drink/Cinch Shake 


Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.

Facebook: Ckaysung HG
Facebook Page : Good_Life_With_Natural_Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448

“The greatest wealth is health."  ~ Virgil

Isnin, 12 Mei 2014

Set ini terdiri daripada suplemen2 berikut:-

1- Vivix (150ml)
Mencegah penghasilan AGE protein. Apa itu AGE protein? Ia adalah bahan merbahaya yang terhasil apabila gula yang berlebihan bergabung dengan protein di dalam tubuh badan kita. AGE protein ini boleh merosakkan pembuluh arteri dan membuatnya keras dan kaku.. Dan akhirnya pembuluh darah kita boleh meletup!! 

2- ESP (850g)
Mengandungi rendah Glycemic Index yang boleh mengekalkan tahap gula yang sihat. Selain itu, hormon daripada kacang soya NON-GMO ini menggalakkan penghasilan hormon insulin secara semulajadi.

3- GLA Complex (90 kapsul)
Mengandungi Omega-6 fatty acid yang boleh membantu mengurangkan kesakitan saraf (rasa kebas) yang di alami oleh pesakit diabetik. 

4- SR Vita-C (180 biji)
Mencegah gula dalam sel bertukar menjadi sorbitol. Apa itu sorbitol? Sorbitol adalah sejenis pemanis buatan yang boleh menyebabkan pengembangan urat saraf. Saraf yang kembang boleh menyebabkan penyakit pada mata iaitu katarak.

5- Vitalea (120 biji)
Membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan oleh badan kita kerana kebiasaannya, penghidap diabetik mengalami kekurangan Chromium dan menyebabkan pengambilan gula ke dalam sel menjadi kurang efektif.

6- Alfalfa (330 biji)
Mempunyai kandungan mineral yang tinggi untuk membantu buah pinggang menyahtoksik bahan-bahan yang tidak diperlukan dalam badan.

7- Zinc (120 biji)
Mempercepatkan penyembuhan luka, kerana kebiasaannya penghidap diabetik mengalami masalah luka yang lambat sembuh atau tidak sembuh sama sekali.

Sumber: Health & Wellness Talk

Jika kawan-kawan ada sebarang pertanyaan mengenai Produk Shaklee, boleh hubungi Ckay di:

Call / whatsapp : 016-8706448
ID Shaklee : 996256
LIKE kami di Facebook Page : Good_Life_with_Natural_Supplement

Rabu, 2 April 2014

Pengambilan suplemen kalsium tanpa magnesium dikatakan akan menyebabkan kalsium terkumpul di bahagian tertentu tubuh, bukan dalam tulang.

Ia juga meningkatkan risiko batu karang, artritis, penyakit jantung koronari dan strok! Penghidap penyakit jantung dan diabetes jenis dua yang mengambilnya pula dipercayai akan menyebabkan keadaan mereka tidak berubah atau semakin parah.

Pada 14 April 2011, British Medical Journal telah melaporkan sebuah analisa berskala besar berdasarkan keputusan lima kajian klinikal yang dijalankan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan New Zealand.

Kesimpulan analisa yang melibatkan lebih dari 8,000 orang itu menunjukkan suplemen kalsium meningkatkan risiko beberapa jenis masalah kardiovaskular terutama serangan jantung.

Dr Carolyn Dean, MD, ND, pakar magnesium dan juga pengarah perubatan di Nutritional Magnesium Association (http://www.nutritionalmagnesium.org) berkata, kira-kira 30 hingga 40 tahun dahulu, doktor mula mempreskripsikan kalsium secara rutin kepada ramai golongan lelaki dan kebanyakan wanita berusia melebihi 40 bagi mengurangkan kesan osteoporosis berpunca dari proses penuaan.

Ilmu perubatan konvensional memberitahu, punca pereputan tulang ialah kekurangan kalsium. Namun sebuah kajian berjudul ‘Calcium, vitamin D, milk consumption, and hip fractures: a prospective study among postmenopausal women.’ yang diterbitkan dalam
American Journal of Clininal Nutrition (2003) menunjukkan sebaliknya.

“Selepas 40 tahun didapati pengambilan kalsium semata-mata tidak memberhentikan pereputan tulang atau memperlahankannya. Ia tidak berupaya mencegah osteoporosis.”

Amat penting

Sesungguhnya magnesium merupakan unsur amat penting untuk kesihatan tubuh. Setiap organ dalam tubuh manusia terutama jantung, otot dan buah pinggang memerlukan mineral magnesium.

Antara lain ia amat penting dalam menggiatkan aktiviti 300 jenis enzim dan memainkan peranan dalam penjanaan tenaga (pembinaan adenonosin triphosphate). Ia juga diperlukan bagi mengawal paras kalsium selain kuprum, zink, kalium, vitamin D dan pelbagai nutrien penting dalam tubuh.

Seperti dinyatakan di atas, mendekripsi suplemen kalsium semata-mata tanpa gandingan mineral magnesium mengundang padah. Kajian demi kajian menunjukkan kalsium dalam bentuk suplemen sepatutnya diambil dengan gandingan magnesium pada kadar 2:1.

GreenMedInfo.com melaporkan bahawa penyelidik telah mengesan 3,751 tapak pelabuhan magnesium pada pelbagai protein dalam tubuh manusia. Peranan magnesium kepada kesihatan manusia dan penyakit dikatakan kurang dihiraukan oleh pengamal perubatan moden dan pakar nutrisi konvensional. Kedua-dua golongan menumpukan preskripsi ubatan (sumber pendapatan) dan penggunaan bahan dipelajari di bangku universiti sahaja.

Ramai tidak tahu ia adalah mineral penting dalam pengawalan tekanan darah dalam arteri dan merehatkan otot. Paras magnesium dalam sel adalah lebih tinggi berbanding di luar sel ketika tekanan darah normal dan otot dalam keadaan rehat. Pada masa sama paras kalsium lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel.

Apabila kalsium masuk ke dalam sel dan magnesium keluar dari sel maka tekanan darah arteri berkurangan dan otot berada dalam keadaan rehat. Pada keadaan ini paras magnesium di luar sel adalah lebih tinggi di luar sel berbanding di dalam sel. Paras kalsium di dalam sel pula lebih tinggi di dalam sel berbanding di luar sel.

Ubatan penghalang beta (beta-blocker) dan penghalang laluan kalsium (calcium channel blocker) biasa di preskripsi oleh doktor kepada mereka yang menghidap penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Penghalang beta bertindak menghalang tubuh dari didominasi oleh Sistem Saraf Simpatetik. Ini menyebabkan Sistem Saraf Para Simpatetik mendominasi tubuh dan seterusnya menyebabkan sel otot dan sel arteri mengembang. Keadaan ini menyebabkan otot berehat dan tekanan darah berkurangan.

Ubatan penghalang laluan kalsium pula menghalang kemasukan kalsium ke dalam sel arteri dan otot. Ini menyebabkan otot berehat dan tekanan darah berkurangan. Ramai tidak mengetahui pengambilan suplemen magnesium (dalam bentuk sebatian tertentu) berupaya membantu otot jantung berehat dan mengembangkan arteri (mengurangkan tekanan darah).

Ramai juga tidak tahu magnesium berupaya mengawal paras gula darah pada mereka yang mengalami diabetes jenis 2 (type 2 diabetes). Kalsium sendiri ialah bahan digunakan oleh sel beta pankreas untuk merembes insulin.

Sesungguhnya paras kalsium yang tinggi menyemarakkan keadaan hiperinsulinemia. Hiperinsulinemia ialah keadaan di mana paras hormon insulin dalam darah tinggi, iaitu keadaan biasa yang dialami penghidap diabetes jenis 2.

Ramai saintis percaya hiperinsulinemia berlaku berpunca daripada reseptor (tapak berlabuh) insulin yang terletak pada sel tidak berfungsi untuk membantu insulin berlabuh. Hakikat yang berlaku ialah paras gula sering kali tinggi seperti dialami penghidap diabetes menyebabkan paras magnesium dalam tubuh berkurangan.

Hiperinsulinemia dan hiperglisemia

Mengambil suplemen magnesium (dalam bentuk sebatian tertentu) dikatakan menyebabkan kalsium keluar dari sel beta pankreas. Apabila paras magnesium mendominasi sel beta pankreas maka hiperinuslinemia dan hiperglisemia (paras glukos tinggi) berupaya diredakan.

Pada masa sama, reseptor insulin pada membran sel akan berfungsi secara normal dan menerima semula hormon insulin untuk berlabuh.

Ketidakpekaan reseptor insulin berpunca daripada hiperinsulinemia menyebabkan pengangkut glukos dikenali sebagai GLUT4 tidak dibina pada paras sepatunya. Sebaliknya jika reseptor insulin berfungsi sempurna, maka GLUT4 dibina oleh sel pada paras sepatutnya dan akan berada pada membran sel. GLUT4 berfungsi dengan menyambut glukos untuk dibawa ke mitokondria (kilang penjanaan tenaga dalam sel).

Jika orang ramai tahu mengenai peranan dan kegunaan magnesium dalam tubuh, penulis percaya berita mengenai kejadian kesan sampingan negatif seperti penyakit buah pinggang, hepatitis, hati kecut dan serangan jantung berpunca dari pengambilan ubat-ubatan moden untuk merawat penyakit jantung koronari dan diabetes jenis 2 akan berkurangan.

Setakat ini projek pangkalan data GreenMedInfo.com menyenaraikan lebih dari seratus kebaikan magnesium. Ia termasuk kebaikan terapeutik untuk fibromyalgia, denyutan jantung tidak sekata, diabetes jenis 2 dan sindrom premenstruasi.

Terdapat pelbagai faktor yang mengurangkan paras magnesium dalam tubuh seperti antara lain makan berlebihan, tubuh bertoksin, makan ubat-ubatan moden secara berpanjangan, stres emosi kronik, mengambil makanan terproses, mengambil makanan tinggi gula, menghisap rokok, minum arak, mengalami diabetes dan penyakit kronik.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranan dan kegunaan magnesium bagi mengawal penyakit jantung koronari dan diabetes jenis 2 pembaca dinasihatkan membaca dua buku penulis yang masing-masing berjudul Serangan Jantung dan Diabetes Jenis 2.

Sumber : Peranan magnesium untuk kesihatan

Jika kawan-kawan ada sebarang pertanyaan mengenai Produk Shaklee, boleh hubungi Ckay di:

Call / whatsapp : 016-8706448
ID Shaklee : 996256
FB : Ckaysung HG
LIKE kami di Facebook Page : Good_Life_with_Natural_Supplement

Ostematrix Shaklee Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis
Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:
  • Menguatkan tulang
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik 
 
Istimewanya Ostematrix Shaklee ialah mengandungi MAGNESIUM. So apa guna ni magnesium???
Haahh..ianya memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus. ini adalah untuk menghalang endapan kalsium di mana ianya melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau hempedu.


OsteMatrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Kaplet bersalut yang mudah ditelan
  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.




Siapa yang memerlukan Ostematrix Shaklee?

  • Ibu-bapa kita yang selalu sakit lutut, susah naik tangga, nak sembahnyang pun kena duduk di bangku.
  • Orang yang selalu kejang-kejang otot. - Apabila kalsium masuk ke dalam sel dan magnesium keluar dari sel maka tekanan darah arteri berkurangan dan otot berada dalam keadaan rehat.
  • Ibu yang menyusu - Ostematrix membantu sebagai milkbooster dan lengkapkan keperluan kalsium.
  • Ibu mengandung untuk lengkapkan kalsium, elakkan kencing manis dan darah tinggi.    
  • Gastrik -  ostematrix dengan B complex bantu kurangkan sakit gastrik
  • Orang yang tak suka minum susu - cukupkan kalsium harian lengkap dengan vitamin D dan magnesium.
  • Pesakit Diabetes - Ostematrix Shaklee dapat membantu tampung keperluan kalsium. Susu khas untuk diabetes sangat mahal.  Tak semua mampu nak beli lebih dua tin susu khas sebulan.
  • Pesakit darah tinggi - kawal darah tinggi
  • Kawal berat badan - kekurangan kalsium turut sebabkan program diet anda gagal
  • Yang Pentingkan Keperluan Kalsium  

**Pastikan anda mengambil air yang secukupnya setiap hari. Anda dinasihatkan agar mengambil sekurang-kurangnya 3liter air setiap hari.**


Jika kawan-kawan ada sebarang pertanyaan mengenai Produk Shaklee, boleh hubungi Ckay di:

Call / whatsapp : 016-8706448
ID Shaklee : 996256
FB : Ckaysung HG
LIKE kami di Facebook Page : Good_Life_with_Natural_Supplement

                                                 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...