Memaparkan catatan dengan label Sharing dari hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sharing dari hati. Papar semua catatan

Ahad, 21 Disember 2014

Gambar kenangan bersama rakan-rakan yang menghadiri seminar Ateh.

Pada 6-7 Nov 2014 lalu, saya dan rakan-rakan menghadiri seminar LUA, NLP dan Power Coaching. Speaker kami ialah Encik. Zuhairi Nopiah atau lebih senang dipanggil Ateh. Orangnya cukup peramah dan amat menitikberatkan keselesaan kami sepanjang seminar tersebut.
 
Law of Universal Attaction yang ditulis oleh En. Zuhairi Nopiah
Buku Law of Universal Attraction ini adalah ditulis oleh Ateh sendiri. Tapi saya tidak sempat grab untuk diri sendiri semasa seminar hari tu. 

Banyak elmu yang kami belajar. Antaranya ialah cara menulis impian dengan memasukkan element PIES dalam senarai impian kami tu.

Memang best la seminar ni. Kami yang hadir sangat enjoy. Apa yang pasti, Ateh membantu kami feel impian kami.
   
Sijil menghadiri Seminar LUA, NLP dan Power Coaching
Di akhir seminar, dapat pula sijil dari Ateh. Lagi lah bertambah happy !!! Sekiranya anda berpeluang menyertai seminar Ateh, saya syorkan anda join. Anda pasti berpuas hati. Sewkian saja entri kali ni. Terima kasih kerana membaca.


Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.

Facebook: Ckaysung HG
Facebook Page : Good_Life_With_Natural_Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448

“The greatest wealth is health."  ~ Virgil

Sabtu, 15 November 2014


This is beautiful. A little act of kindness and love, it sure will spread through out the world. Happy watching.

Isnin, 10 November 2014


Pada 8hb November 2014, Sabtu lalu, sekolah tempat saya mengajar telah mengadakan Hari Keluarga bersama murid Tahun 6. Aktiviti pada Hari Keluarga ini ialah berkelah di tepi sungai. Tujuannya ialah untuk me"relax"kan diri setelah berhempas pulas mengharungi peperiksaan UPSR bersama-sama. 

Sekolah kami dekat dengan sungai. So, tidak perlu pergi jauh-jauh. Kami berkelah di luar pagar sekolah saja. Simple activity tapi best sangat. Murid-murid pun terhibur. 

Ada ibu-bapa yang pergi memukat ikan, murid-murid  bermain gitar bersama guru dan guru-guru wanita pula make sure makanan tersedia.  


Haah..ini antara yang kami panggang. Simple saja. Sate, fish cake, fish ball. Yang lain bawa dari rumah.

 

Haah..ini pula masak nasi dalam batang bamboo. Sedap nasi masak di sini. Wangi.

Tidak banyak pula kami ambil gambar. Sebab semua sibuk dengan aktiviti. Hehe..yang penting semua happy dan balik dengan gembira.  

Sekian saja sharing pada kali ini. Terima kasih kerana membaca.. :D

Jumaat, 31 Oktober 2014


Jumaat, 3 Oktober 2014

Semalam saya telah baca article di bawah ni.

Memang sangat best. Permainan yang diperkenalkan adalah sangat mudah didapati. Hampir kesemuanya boleh didapati di dalam rumah kita sendiri. Untuk ibu seperti saya ini, saya sangat bersyukur adanya perkongsian seperti ini.

So, saya pun mulakan langkah pertama saya memperkenalkan permainan ini kepada baby girl saya, Hola Abigail yang sekarang berusia 1 tahun 6 bulan. Saya ambil apa yang saya nampak ada di rumah. Kebetulan ada mangkuk pakai buang dan batu-batu akuarium yang berwarna-warni.

Saya ambil beberapa ketul batu tersebut dan 3 mangkuk pakai buang. Saya bawa Hola duduk bersama dan letakkan mangkuk serta batu-batu ini di depan dia. Belum lagi duduk betul-betul, I can see muka Hola sudah sangat excited. Kaki dihentak-hentak riang sambil ketawa-ketawa. Batu yang warna-warni tu sangat menarik perhatian dia.

Then, I showed her how to play. Saya hanya tunjukkan Hola masukkan dan keluarkan batu-batu tersebut dari mangkuk ke mangkuk. Saya tidak buat sorted colors sebab tidak cukup kuota batu-batu tu..hehe. 

Lepas tunjukkan Hola, saya biarkan dia main batu-batu tu sendiri. Saya hanya memerhati di sebelah dia.
Saya boleh nampak dia sangat fokus. Keluarkan dan masukkan batu-batu tersebut ke dalam mangkuk. 

Hampir sejam juga dia fokus bermain sendiri. Lepas sejam, dia ajak saya pula bermain bersama dia. Dia minta saya hulurkan tangan, lalu dia letakkan batu-batu tersebut di atas telapak tangan saya. Kemudian, dia akan ambil sebiji demi sebiji batu tersebut dan masukkan semula ke dalam mangkuk. Ini juga mengambil masa dalam 30minit sebelum dia berasa bosan.

Best sangat nampak anak fokus sebegini. Dia gunakan 1jam 30minit untuk explore permainan ini. Hopefully membantu perkembangan minda Hola. Pada masa yang sama, saya memang memberikan anak saya OmegaGuard, Mealshakes dan Chewable Vitamin C setiap hari. Set ini dapat membantu anak saya untuk lebih fokus disamping imun sistem badan dipertingkatkan. Bila anak sihat ceria, anak dapat belajar dengan mudah dan ibu pun sangat happy. Betul kan..

Ibu-ibu lain jom cuba..dan share la dengan saya pengalaman kamu..^^ Sharing kan caring..hehe
Okay guys. 

Thank you for reading me. Have a nice day.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...