| kulit cantik |
| ikan salmon |
Ikan salmon sangat kaya dengan Omega-3 yang dipanggil DHA. DHA ini salah satu anti-radang kulit. Tahukah anda keradangan pada kulit merupakan punca kepada jerawat ? Omega-3 juga boleh membuatkan kulit anda bersih dan licin.
| tomato segar |
Orang yang mengambil tomato dan campurkan sedikit minyak olive setiap hari untuk 12minggu, akan mendapat 33% perlindungan sinaran UV pada kulit mereka. Ini dapat meningkatkan perlindungan SPF kulit secara semulajadi.
| minyak zaitun |
Sejak zaman dahulu lagi, kebaikan minyak zaitun ini telah memberi manfaat kecantikan kepada si penggunanya. Minyak zaitun mengandungi protein, vitamin A dan vitamin E yang sangat tinggi. Setiap kali anda ingin makan salad buah-buahan atau salad sayur-sayuran, jangan lupa letakkan sedikit minyak zaitun. Amalan ini dapat membantu melembabkan kulit anda dan menjadikan muka lebih anjal. Malah, kedutan di bawah mata anda juga akan berkurangan.
| teh hijau untuk kecantikan |
Pengambilan teh hijau setiap hari boleh membantu melindungi kulit muka daripada rosak akibat sinaran matahari. Teh hijau juga dapat membantu mengalirkan oksigen ke dalam kulit. Bila kulit muka cukup oksigen, muka akan kelihatan glowing. teh hijau juga salah satu antioksidan yang kuat.
| lobak merah |
Inginkan kulit yang kemerah-merahan di pipi ? Makan lah lobak. Lobak boleh memberikan seri yang semulajadi pada kulit muka kita. Kajian di UK menunjukkan individu yang makan makanan seperti lobak mempunyai kulit muka kekuningan yang sekata dan muka kelihatan sangat sihat.
| kacang soya |
Orang yang mengambil soya setiap hari memang berbeza sekali dengan muka orang yang jarang mengambil sumber soya. Orang Jepun contohnya yang mengambil soya setiap hari, kulit mereka kelihatan lebih anjal dan mempunyai garis-garis halus yang sedikit. Pengambilan soya boleh meransang kolagen daripada merosot yang boleh membuatkan kulit kendur dan berkedut.
| betik |
Betik merupakan buah yang paling senang didapati di negara kita. So, ini tidak menjadi masalah kepada kita untuk makan betik pada kuantiti yang kecil setiap hari. Kebaikan betik untuk muka ialah betik dapat membantu muka bebas dari jerawat dan awet muda. Ini adalah kerana betik sangat berpotensi membantu membersihkan tubuh kita melalui pelawasan. Dengan menyahtoksikkan tubuh kita, muka kita akan kelihatan lebih bersih dan sihat.
| buah kiwi |
Sebiji buah kiwi yang kecil ini, mampu memberikan vitamin C kepada tubuh kita. Tahukah kamu bahawa tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri ? Sedangkan badan kita memerlukan 120% vitamin C setiap hari. Vitamin C ini dapat meransang pembentukan kolagen yang dapat melicinkan garis-garis halus di muka. So tunggu apa lagi, jom kita makan buah kiwi setiap hari.
| labu kuning |
Melalui labu kuning pula, kita akan mendapat vitamin A. Vitamin A ini penting dalam pembaharuan sel kulit. Hasilnya, kulit akan sentiasa lembut, halus dan dapat mengurangkan kedutan di muka.
| kuaci bunga matahari |
Kita sebenarnya memerlukan 37% vitamin E setiap hari. Salah satu sumber vitamin E yang kita boleh dapat ialah melalui kuaci bunga matahari. Kuaci ini dapat membantu kulit kita bebas dari jerawat. Tapi kena lah cari kuaci yang berkualiti tinggi. nanti terbatuk-batuk pula akibat makan kuaci.
10 jenis makanan digalakkan makan setiap hari oleh pakar kecantikan. Sekiranya anda sukar untuk mendapatkan kesemua jenis makanan di atas, supplement kami ada menyediakan beberapa pilihan yang terbaik dan lengkap untuk kulit andamenjadi anjal, gebu dan berseri-seri.
Anda boleh klik di sini untuk baca lebih lanjut.
Facebook Page : Good_Life_With_Natural_Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448
RSS Feed
Twitter
2:24 PTG
Unknown

