Sabtu, 29 November 2014

Suka kah sekiranya hasil lukisan anak anda dijadikan anak patung??
Anak pun mesti happy kan..Macam ajaib pula. Lukis-lukis, then jadi real anak patung.
Cuba lihat gambar-gambar ni.
Best kan...

 
  
 


 

 
 

 
 
 


Sumber : This Toy Company Will Turn Your Kid's Doodles Into An Awesome Stuffed Animal

Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.
Facebook: Ckaysung HG
Facebook Page : Good_Life_With_Natural_Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448
“The greatest wealth is health."  ~ Virgil

Jumaat, 28 November 2014

Tahun ini, first time pula saya joined kawan-kawan saya untuk bertugas menjaga peperiksaan SPM. 
Hari ini 27 Nov 2014 merupakan hari terakhir menduduki peperiksaan bagi calon SPM Sekolah Menengah Agama Tambunan, Sabah. 
Sempat juga bergambar dengan pelajar-pelajar SPM ni.



Lihat saja wajah ceria mereka. 
Senyum lebar. Happy. Mesti mereka rasa merdeka. Hehehe 

Saya doakan semoga semua maju jaya di masa hadapan. Berani mengejar impian masing-masing.
Dan tidak mudah berputus asa.

Selamat menempuh peperiksaan di Menara Gading pula.


Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.
 
 
Facebook: Ckaysung HG
Facebook Page : Good_Life_With_Natural_Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448
 
 
“The greatest wealth is health."  ~ Virgil
 
                                                 

Adakah anda perasan bahawa kasut-kasut si kecil anda mempunyai tapak yang tidak mencengkam lantai. Kasut-kasut yang comel ini mempunyai tapak yang agak nipis.
Sekiranya si kecil anda baru hendak belajar berjalan dan memakai kasut seperti ini, sudah tentu si kecil anda tidak dapat berdiri dengan stabil dan mudah tergelincir
Setuju ka?

Di sini, saya ingin kongsikan satu tips mudah untuk atasi masalah ini. 
Tips ini saya jumpa di internet. 
Ok yang pertama sekali sediakan gam silikon seperti yang ada dalam gambar di bawah ni. 
Gam silikon ni boleh dibeli di kedai hardware. 
Harganya pun tidak lah mahal sangat. saya pernah membeli di Kedai RM2. tapi harganya bukanlah RM2.00. Saya tidak ingat sudah. Tapi memang tidak mahal. Hehehehe...

                                               

Haaa..kemudian tulis nama si kecil anda di tapak kasut tersebut seperti di gambar bawah ni. Mudah sangat kan. Siap ada nama lagi. So orang tidak akan tersalah ambil..^^

Selamat mencuba.. ^^


 
Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.
Facebook: Ckaysung HG
Facebook Page : Good_Life_With_Natural_Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448
“The greatest wealth is health."  ~ Virgil

Khamis, 27 November 2014

1- Vivix 
- membaiki dan memperbaharui sel

2- CoQHealth
- melancarkan peredaran darah, menjadikan kulit tidak kusam

3- Collagen
- membantu menghasilkan collagen, menjadikan kulit lebih anjal, mengekalkan kelembapan kulit, mengecilkan liang-liang pori, menghilangkan kedutan dan garis-garis halus, menyokong kesihatan sendi, mengurangkan pigmentasi.

4- Vita-C
- antioksidan yang baik, membantu penghasilan kolagen, menjadikan kulit lebih cerah, tegang dan gebu.
5- Vita-E - antioksidan yg baik dan melindungi kulit dr UV yg tinggi, mengekalkan kelembapan, mencegah kulit kering

6- ESP
- sumber asid amino, blok asas bagi penghasilan sel2 badan, menghasilkan kuku, otot dan rambut yang cantik.

Perokok perlu ambik 3-4 biji Vita-C sehari. Individu biasa ambik 2 biji sehari.

Sumber: Health & Wellness Talk


Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.
Facebook: Ckaysung HG
Facebook Page : Good_Life_With_Natural_Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448
“The greatest wealth is health."  ~ Virgil

Rabu, 26 November 2014

Apakah fungsi hati kita? jom ikuti entry saya pada kali ini...

Fungsi hati:
1. Detoks - menapis toksin dr ubat-ubatan dan makanan-makanan yang tidak sihat.
2. Penghadaman - merembeskan cecair hempedu untuk penghadaman makanan
3. Penyimpanan - menukarkan glikogen kepada glukosa apabila gula dalam darah rendah 4. Penghasilan protein

Tanpa hati, makanan tak dapat dihadam dengan baik, nutrien tak dapat diserap, toksin tak dapat disingkirkan.

Hati yang tidak sihat menyebabkan:
1. Kepenatan melampau. Tidur 10jam pun x cukup.
2. Mata kekuningan
3. Air kencing menjadi gelap
4. Pendarahan
5. Loya dan muntah
6. Hilang selera makan

Faktor masalah hati (membebankan hati):
1. Makanan berlemak dan berminyak
2. Ubat-ubatan
3. Pencemaran dan toksik - termasuk asap rokok
4. Bakteria/ virus/ parasit - hepatitis A (daripada pemakanan) & hepatitis B (daripada perkongsian jarum dan darah)

Produk shaklee untuk kesihatan hati:
1. DTX complex
2. Nutriferon
3. Vivix
4. Vita-C
5. Alfalfa
6. Home Care Get Clean ( Basic H Organic Super Cleaning Concentrate , Dish Wash Concentrate , Fresh Laundry Concentrate , Soft Fabric Concentrate )

Sumber: Health & Wellness Talk


Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.
 
 
Facebook: Ckaysung HG
Facebook Page : Good_Life_With_Natural_Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448
 
 
“The greatest wealth is health."  ~ Virgil


1. Karbohidrat
- Karbohidrat ringkas - memberi tenaga dengan cepat. Contohnya makanan-makanan manis.
- Karbohidrat kompleks - memberi tenaga yang lebih berpanjangan. Nasi, ubi kentang, serat, sayuran2..

2. Proteins
Rambut, kulit, kuku adalah terdiri daripada protein. Tubuh badan manusia boleh menghasilkan protein. Proteins boleh juga diperolehi drpd makanan spt telur, ikan..

3. Lemak
- memberi tenaga
- sebagai penebat. Orang gemuk tak mudah rasa sejuk.
- melindungi diri dari kecedaraan
- sumber: makanan berlemak

4. Minerals
- kalsium: membentuk tulang dan gigi. kanak-kanak 4 tahun ke atas boleh ambik sebiji kalsium sehari.
- kuprum: membantu tumbesaran tulang
- magnesium: memadatkan tulang
- vitamin: utk melawan penyakit. Vitamin terdiri daripada 2 jenis:
1- vitamin larut air: b-complex (8 jenis vitamin b) dan vita-c. Serapan lebih mudah dengan kehadiran air. Dilepaskan melalui air perkumuhan.
2- vitamin larut lemak: ADEK. Serapan lebih mudah dengan kehadiran lemak (ambik vitamin ni selepas makan makanan berminyak).

5. Air
- sehari perlu ambik 2-3L air masak


Bagaimana nak dapat nutrisi?

Makanan : berlemak, manis, sayuran2 di tanam dengan semburan baja dan racun serangga. Makanan mengalami kekurangan nutrisi apabila dimasak. Makanan tin banyak campuran kimia.

Malnutrisi bermaksud kekurangan nutrisi. Malnutrisi menyebabkan kita mudah sakit, cepat penat, cepat tua, aneroxia. Kanak-kanak yg kurang nutrisi mengalami pertumbuhan fizikal dan mental yang terbantut, baby kerap menangis. Orang dewasa mengalami malnutrisi kerana mahu kelihatan cantik (kurus), diet tak seimbang, stress dan jadual makan yang tidak menentu. Orang tua mengalami malnutrisi kerana makan terlalu banyak ubat dan kurg selera makan.

Suplemen Shaklee Membekalkan Nutrisi Lengkap dan Berkualiti:

1. Protein: ESP
- Membina dan membaiki sel, menguatkan antibodi, melancarkan penghadaman.
- Memberi tenaga lebih cepat dan lebih berpanjangan.
- Membantu menghasilkan kulit yang sihat, muscle, kuku dan rambut.
- Menseimbangkan hormon.
- Mengurangkan risiko sakit jantung.

2. Vita-Lea
- Mengandungi folic acids.
- Salutan mikro pd vitalea menjadikan nutrisi di dalam vitalea hanya akan diserap apabila sampai di kawasan yang sepatutnya menyerapnya (contoh: perut).
- Merupakan komponen penting dlm hemoglobin, penting utk ibu mengandung kerana sel darah merah membawa oksigen kepada baby.

3. Vita-C
- Membantu pembentukan tisu dan membaiki tisu, membantu menghasilkan kolagen, melawan penyakit. Kekurangan vitamin c menyebabkan rambut bercabang, gusi berdarah, luka lambat sembuh, mudah lebam.

4. B-Complex
- Bbadan kita tak dapat menghasilkan vitamin b.
- Ia boleh memberi tenaga, mengurangkan stress dan kemurungan, mengelak anemia, menyokong sistem saraf, menyokong kesihatan jantung dan menghasilkan kulit yang cantik.

5. Ostematrix
- Mengandungi 7 jenis minerals.
- Kekurangan kalsium menyebabkan kita tak dapat tidur, gigi rosak, sakit muscle (cramps), mengurangkan kepadatan kalsium (osteoporosis), kanak-kanak terbantut, kulit kering dan bersisik, kuku rapuh dan mudah penat.
- Magnesium mengangkut kalsium ke dalam tulang.
- Vitamin-D menarik kalsium ke dalam tulang,

6. Mealshake
- Memberi tenaga dan menguatkan sistem imun. Ia boleh diambil oleh semua peringkat umur.
- Apa beza mealshake dgn vitalea? Mealshake merupakan multivitamin yg sesuai utk kanak-kanak sebab kanak-kanak dibawah 11tahun tak boleh ambik vitalea. Mealshake mengandungi 19 jenis vitamin dan minerals, vitalea lebih kompleks, mengandungi 28 jenis vitamin dan minerals.

7. Vita-E
- Meningkatkan kesuburan, menyokong kesihatan jantung, menghasilkan kulit yang cantik, menguatkan imun sistem

8. Zinc
- Mempercepatkan penyembuhan, meningkatkan kesuburan, mengelak pembesaran prostat.

Sumber: Health & Wellness Talk



Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.
Facebook: Ckaysung HG
Facebook Page : Good_Life_With_Natural_Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448
“The greatest wealth is health."  ~ Virgil

Selasa, 25 November 2014

Gabungan produk2 Shaklee ini dapat membantu memberi dan meningkatkan tenaga.

Omega Guard
Merupakan satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3semula jadi. Omega Guard baik dalam menyihatkan jantung dan sendi serta penting dalam perkembangan dan fungsi-fungsi otak.

Vita-Lea
Berfungsi sebagai penambah tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental sekali gus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun dalam aktiviti kehidupan seharian.

Performance Drink
Merupakan minuman yang bebas gas atau tidak berkarbonat kerta KURANG kandungan gula (less sugar). Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepatkan kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh kita sekali gus dapat mengatasi masalah dahaga (kurang haus). Produk ini bersifat isotonik iaitu minuman yang mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. 

Kesannya, ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula dalam darah. impaknya,, tubuh anda akan menjadi LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT...!!!

Cinch Energy Tea Mix
Merupakan perangsang tenaga yang semulajadi dan selamat. dalam masa yang sama, ia meningkatkan metabolism badan dan merupakan alternatif kepada kopi & snek bergula untuk memberi tenaga dalam badan.....! 


Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.
Facebook: Ckaysung HG
Facebook Page : Good_Life_With_Natural_Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448
“The greatest wealth is health."  ~ Virgil
 

Set Mighty 3 Gems menawarkan sarapan yang sihat dan berkhasiat untuk memulakan hari. Ramai sebenarnya yang tak sedar bahawa sarapan merupakan rahsia untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Oleh kerana kurangnya kesedaran itu, pengambilan sarapan seringkali diabaikan.

Akibat tidak bersarapan, anda mungkin:
- Tidak dapat memberi tumpuan untuk masa yang panjang serta kurang peka
- Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas terhadap sesuatu perkara
- Produktiviti kerja yang menurun
- Kandungan gula dalam darah yang rendah

Apa yang terkandung dalam set ini?
1) Soy Protein Isolate Powder (nama baru bagi Energizing Soy Protein)
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.
2) Meal Shakes
Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
3) Performance Drink
Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Kenapa Set Mighty 3 Gems perlu jadi menu pilihan untuk bersarapan?
- Membekalkan tenaga untuk cergas sepanjang hari
- Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
- Memelihara kesihatan secara menyeluruh

Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.
Facebook: Ckaysung HG
Facebook Page : Good_Life_With_Natural_Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448
“The greatest wealth is health."  ~ Virgil

Kenapa makan b-complex, air kencing menjadi sangat kuning?

ADAKAH IANYA BAHAYA ??
TANDA-TANDA PENYAKIT KRONIK ?? 
KURANG MINUM AIR ??

Usah risau. Sebenarnya ianya sangat lah normal. Anda tidak perlu risau. Sekiranya air kencing anda berwarna kuning terang atau kuning cerah selepas makan b-complex, ini menunjukkan bahawa badan anda bertindak balas dengan normal. Warna urin yang biasa ialah kuning pucat.

Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.

So, anda tidak perlu risau ya. Kenali warna air kencing anda di sini.

 
Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.
 
Facebook: Ckaysung HG
Facebook Page : Good_Life_With_Natural_Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448
“The greatest wealth is health."  ~ Virgil




 
Riboflavin adalah antara yang terkandung dalam vitamin b-complex. Jom kenali apa itu "Riboflavin". Dalam pembacaan saya, hampir semuanya diterangkan dalam bahasa saintifik. Bagi orang biasa-biasa macam saya ni, memang agak pening untuk faham maksud dia.


Akhirnya saya jumpa juga petikan di bawah ni. lebih mudah untuk difahami. Jom kita baca bersama.
  
Vitamin B2, juga dikenali sebagai riboflavin, adalah salah satu daripada 8 vitamin B. Semua vitamin B membantu badan untuk menukar makanan (karbohidrat) ke dalam bahan bakar (glukosa), yang "terbakar" untuk menghasilkan tenaga. Vitamin B, sering dirujuk sebagai vitamin B kompleks, juga membantu metabolisme lemak badan dan protein. Vitamin B kompleks diperlukan untuk kesihatan kulit, rambut, mata, dan hati. Mereka juga membantu fungsi sistem saraf dengan betul.

Semua vitamin B adalah larut air, yang bermaksud bahawa badan tidak menyimpannya.Selain menghasilkan tenaga untuk badan, juga riboflavin bekerja sebagai antioksidan dengan memerangi zarah merosakkan dalam badan yang dikenali sebagai radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan sel-sel dan DNA, dan boleh menyumbang kepada proses penuaan, dan juga pembangunan beberapa keadaan kesihatan seperti penyakit jantung dan kanser. 

Orang yang paling sihat ialah orang yang makan diet yang seimbang dan mendapatkan riboflavin cukup. Walau bagaimanapun, orang tua dan penagih alkohol mungkin berisiko kekurangan riboflavin  kerana pemakanan yang tidak seimbang. Gejala kekurangan riboflavin termasuk keletihan; pertumbuhan perlahan; masalah pencernaan; keretakan dan luka di seluruh sudut-sudut mulut; bengkak magenta berwarna lidah; keletihan mata; bengkak dan kesakitan tekak; dan sensitif kepada cahaya.
 
Sumber-sumber terbaik riboflavin termasuk yis bir itu, badam, daging organ, bijirin penuh, germa gandum, beras liar, cendawan, kacang soya, susu, yogurt, telur, brokoli, tauge, dan bayam. Tepung dan bijirin sering diperkaya dengan riboflavin.
 
Cadangan harian untuk riboflavin pemakanan disenaraikan di bawah.
Pediatrik
  • Bayi lahir - 6 bulan: 0.3 mg (pengambilan yang mencukupi)
  • Bayi 7-12 bulan: 0.4 mg (pengambilan yang mencukupi)
  • Kanak-kanak 1-3 tahun: 0.5 mg (RDA)
  • Kanak-kanak 4-8 ​​tahun: 0.6 mg (RDA)
  • Kanak-kanak 9-13 tahun: 0.9 mg (RDA)
  • Boys 14 - 18 tahun: 1.3 mg (RDA)
  • Gadis 14 - 18 tahun: 1 mg (RDA)
Dewasa
  • Lelaki 19 tahun dan ke atas: 1.3 mg (RDA)
  • Wanita 19 tahun ke atas: 1.1 mg (RDA)
  • Wanita hamil: 1.4 mg (RDA)
  • Menyusukan wanita: 1.6 mg (RDA)
Riboflavin adalah terbaik diserap apabila diambil di antara waktu makan.
 
Orang yang tidak makan makanan yang seimbang setiap hari boleh mendapat manfaat daripada mengambil sebuah kompleks multivitamin dan mineral.

Sumber : Vitamin B2 (Ribofavin) by University of Maryland Medical Center

Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.
Facebook: Ckaysung HG
Facebook Page : Good_Life_With_Natural_Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448
“The greatest wealth is health."  ~ Virgil

Ahad, 23 November 2014


Ramai parents suka beli baju babys' Onesies ni. Especially ibu-ibu. Betul kan? Hehe antara sebabnya kenapa ibu-ibu suka beli baju bayi Onesies ni sebab cute sangat. Kalau terjumpa lagi design yang comel-comel, kadang-kadang sampai satu dozen kena beli.




Tapi, tahukah anda kegunaan lipatan yang ada di bahu baju tu? Seperti dalam gambar di atas.

Mesti ibu-ibu terfikir lipatan tu hanya untuk muatkan kepala baby kan..hehehe..saya pun sebenarnya berfikiran begitu. Rupa-rupanya ada lg kegunaan lain

Jom lihat video di bawah ini. Ini perkongsian dari seorang ibu yang saya terjumpa di internet.

Haah..lepas ni jom kita amalkan pula buka baju baby Onesies ke arah bawah. Dapat juga elak kepala dan rambut baby terkena najis sekiranya baju baby terkena kotoran tersebut. Mudah kan. 

Hehe saya dulu tidak terfikir pula bukakan baju ni ke arah bawah. Teringat pula diri sendiri, semasa baby berak dan kotoran terkena di baju bahagian belakang. Susah-susah lagi saya dudukkan baby untuk buka baju ni supaya kepala baby tidak terkena kotoran..hehehe sekarang sudah tahu, lega pula hati..^^

Anda ada tips lain tentang baju-baju baby? Jom kongsi bersama saya.. ^^

Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.
Facebook: Ckaysung HG
Facebook Page : Good_Life_With_Natural_Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448
“The greatest wealth is health."  ~ Virgil


Sabtu, 22 November 2014


Krismas tidak lama lagi ni..so kunun-kunun sa order la biskut awal-awal ni..hehe
Haah..biskut ni saya order dari rakan Shaklee saya. Memang pandai dia buat. Sedap. Memang kena dengan taste saya. Kawan-kawan lain pun cakap sedap. Harga pun sangat lah berbaloi.
Ini kali kedua saya order dengan kawan saya ni.

Saya order empat jenis biskut seperti yang ada di gambar. Biskut almond london, biskut suji, biskut susu dan juga biskut snow almond. Memang marvelous.
Sekiranya anda berminat untuk buat tempahan, anda boleh menghubungi kawan saya ini melalui :
Facebook : Ruzie Jee
Call / WhatsApp : 013-5482215

Orang-orang Tambunan, jom lah tempah awal-awal dari dia. Senang dan dekat lagi mau ambil. Dia tinggal di kuarters SESB Tambunan saja. Sangat dekat dengan pekan kan. Jom kita order ramai-ramai..^^

Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.
Facebook: Ckaysung HG
Facebook Page : Good_Life_With_Natural_Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448

“The greatest wealth is health."  ~ Virgil

Posted via Blogaway

Jumaat, 21 November 2014

Di sini bermulanya persahabatan saya dengan Anglita Gabil. Pada 18 Mei 2014 yang lalu, dia menghubungi saya melalui Facebook bertanya tentang B-complex. Ketika itu dia sedang pregnant anak yang ketiga.

Selepas consume B-complex, dia hubungi saya sekali lagi untuk order Vitalea dan Peppermint Ginger Plus. Ternyata dia sangat berpuas hati dan akhirnya jatuh cinta !!! Lalu terus mendaftar jadi ahli dan order Set Hamil yang lengkap !!

Maka bermula lah perjalanan kami sebagai business partner yang berusaha bersungguh-sungguh untuk sama-sama berkembang dan menghadapi cabaran bersama.

Anglita merupakan seorang ibu tunggal yang tabah dan juga seorang business woman. Dia memiliki sebuah kedai di pekan Tambunan, Sabah. Nama kedai dia ialah 'My Mom's Wish Shop' yang menjual barangan ibu mengandung dan juga keperluan baby. 

Dalam gambar di atas merupakan first time dia menjejakkan kaki di Shaklee Branch Kota Kinabalu. Saya masih ingat, dia excited bagitau saya dia berada di branch.

Anglita merupakan seorang yang sentiasa positive dan sentiasa menyahut cabaran. Apa saja cabaran yang diberi, dia pasti akan buat !! Even masa tu dia dalam pantang, dia tetap usaha sebaik mungkin. Banyak juga rewards yang dia dapat hasil usaha dia.

Saya masih ingat ketika baby dia yang baru berumur sebulan lebih ditahan di hospital. Dia masih rajin bertanya dengan saya dan follow up order dia. Dia tidak mahu ketinggalan biarpun sedang menjaga baby dia di ward hospital. 

Memang seorang yang cukup tabah dan mempunyai hati yang kental.
Tidak pernah sekali pun dia mengeluh dengan saya. Malah terus bertanya dan bertanya.

Sungguh saya bertuah mempunyai rakan bisnes seperti dia. 
Anda yang berada di bawah organisasi Anglita, anda juga sangat bertuah sebab mempunyai mama Shaklee yang rajin dan tabah menghadapi cabaran.

Sekiranya anda berminat untuk bersama Anglita mengejar impian anda, anda boleh hubungi dia di:
Facebook : Anglita Gabil
S.I.D : 1158414
Call / WhatsApp : 010-9346420

Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.
Facebook: Ckaysung HG
Facebook Page : Good_Life_With_Natural_Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448
“The greatest wealth is health."  ~ Virgil

Posted via Blogaway

Selasa, 18 November 2014

Sabtu lalu, 15hb November 2014 , saya dan anak cucu berpeluang menghadiri Kelas Blog bersama Master Laurah.

Kelas ini diadakan di Shaklee Kota-Kinabalu Sabah Branch.
Ini gambar bersama Master Laurah dan beberapa orang yang turut serta dalam Kelas Blog.

Sebenarnya yang hadir lebih dari yang ada dalam gambar ni. Tapi tidak sempat pula bergambar.

Comel kan Master Laurah.

Ini pula mama Shaklee saya, Shirley.

Dia datang jauh dari Kuching, Sarawak semata-mata mau join kelas ini dan berjumpa dengan kami semua.
 
Ini pula saya..hehe..saya sedang memperkenalkan Shaklee kepada anak cucu saya yang first time join class Shaklee. 'Tak kenal (Shaklee) maka tak cinta'..kan..hehe
Ini pula anak cucu saya. Yang pakai cermin mata tu anak Shaklee saya yang juga kakak kandung saya. Yang satu lagi tu cucu Shaklee saya yang juga adik angkat kami. Ada satu lagi anak Shaklee saya yang hadir bersama, tapi tidak sempat pula ambil gambar.

Kami happy belajar blog bersama. Banyak ilmu yang kami dapat.
Saya ingin abadikan kenangan ini di blog dan kongsi bersama anda semua. Ilmu yang saya dapat dari kelas ini akan saya kongsikan kepada anda. 

Saya sudah pun kongsikan cara-cara membuat blog di sini.. Belajar Buat Blog : Part 1 (Create Blog).. Boleh singgah baca sekejap.

Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.

Facebook: Ckaysung HG
Facebook Page : Good_Life_With_Natural_Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448

“The greatest wealth is health."  ~ Virgil

Isnin, 17 November 2014

Hi semua. Entry kali ini saya ingin share bagaimana mau buat blog dengan menggunakan blogspot. Bagi siapa-siapa yang teringin ada blog..jom ikuti entry saya.. ^^v

Buat blog ini tidak lah sesusah yang disangka. Saya pada awalnya pun tertanya-tanya cara membuat blog. Terasa sangat susah. Padahal belum pun mencari ilmu. 

Setelah bertanya pakcik Google dan kawan-kawan, akhirnya ada juga blog saya sendiri. Dari masa ke semasa, saya berpeluang memperbaiki blog saya melalui perkongsian ilmu dari kawan-kawan dan juga Master Laurah.
So, jom mulakan. Pertama sekali, anda kena create emel Gmail anda.


Selepas itu, search Blogger.com di Google.
Kemudian, anda akan diminta untuk masukkan emel gmail anda. So, login saja emel anda.. ^^v
Selepas itu akan keluar paparan seperti di gambar. Then klik seperti yang tertera di gambar..yang dekat anak panah tu. Ini adalah untuk create profile.
Then, akan keluar paparan seperti di atas. Isi maklumat anda. Setelah selesai, klik 'wujudkan profile'. Setakat ni macam mana..okay ka ? Mudah kan..^^v
Seterusnya, lihat 6 langkah di atas.
Sangat mudah kan. Klik klik, isi maklumat yang diperlukan, pilih template and then last klik 'buat blog'.
Yeahhh..kita hampir ke penghujung membuat blog ini. Selepas anda klik butang 'buat blog' tadi, anda akan melihat paparan seperti yang di atas.
Di paparan ini la anda akan memulakan perjalanan anda sebagai penulis blog.
So, untuk melihat rupa blog anda, anda boleh klik ' lihat blog ' seperti yang tertera dalam gambar. Mesti excited kan mau lihat hasilnya macam nanti.. ^^v
Tadaaa..ini lah rupa blog saya yang kita buat bersama tadi. Hehe masih kosong lagi. Ini baru permulaan. Untuk hias cantik-cantik nanti saya akan kongsikan lagi di lain entry ya.
Semoga perkongsiaan ini dapat membantu anda. Selamat mencuba.. ^^v

Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.
Facebook: Ckaysung HG
Facebook Page : Good Life With Natural Supplement
Shaklee ID: 996256
Emel : ckaysung@gmail.com
SMS/ Whatsapp: 016 8706448
“The greatest wealth is health."  ~ Virgil

Posted via Blogaway
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...