Setiap orang pasti inginkan kulit yang cantik, kulit yang gebu dan kulit yang bebas bermasalah. Betul tak ? Bila terpampang kulit cantik di cermin pada setiap pagi, wah pasti mood ceria akan menyinari pagi kita. Ada beberapa cara pemakanan yang boleh diamalkan setiap hari untuk mendapatkan kulit yang cantik ini.
|
kulit cantik |
Di sini, saya kongsikan 10 makanan untuk kulit yang cantik. Jom baca hingga habis. Rugi tau sekiranya anda tidak baca..hehehe
|
ikan salmon |
1. Ikan Salmon
Ikan salmon sangat kaya dengan
Omega-3 yang dipanggil DHA. DHA ini salah satu anti-radang kulit. Tahukah anda keradangan pada kulit merupakan punca kepada jerawat ? Omega-3 juga boleh membuatkan kulit anda bersih dan licin.
|
tomato segar |
2. Tomato
Orang yang mengambil tomato dan campurkan sedikit minyak olive setiap hari untuk 12minggu, akan
mendapat 33% perlindungan sinaran UV pada kulit mereka. Ini dapat meningkatkan perlindungan SPF kulit secara semulajadi.
|
minyak zaitun |
3. Minyak zaitun
Sejak zaman dahulu lagi, kebaikan minyak zaitun ini telah memberi manfaat kecantikan kepada si penggunanya. Minyak zaitun mengandungi
protein, vitamin A dan vitamin E yang sangat tinggi. Setiap kali anda ingin makan salad buah-buahan atau salad sayur-sayuran, jangan lupa letakkan sedikit minyak zaitun. Amalan ini dapat membantu melembabkan kulit anda dan menjadikan muka lebih anjal. Malah, kedutan di bawah mata anda juga akan berkurangan.
|
teh hijau untuk kecantikan |
4. Teh hijau
Pengambilan teh hijau setiap hari boleh membantu melindungi kulit muka daripada rosak akibat sinaran matahari. Teh hijau juga dapat membantu
mengalirkan oksigen ke dalam kulit. Bila kulit muka cukup oksigen, muka akan kelihatan glowing. teh hijau juga salah satu antioksidan yang kuat.
|
lobak merah |
5. Lobak merah
Inginkan kulit yang kemerah-merahan di pipi ? Makan lah lobak. Lobak boleh memberikan seri yang semulajadi pada kulit muka kita. Kajian di UK menunjukkan individu yang makan makanan seperti lobak mempunyai kulit muka
kekuningan yang sekata dan muka kelihatan sangat sihat.
|
kacang soya |
6. Soya
Orang yang mengambil soya setiap hari memang berbeza sekali dengan muka orang yang jarang mengambil sumber soya. Orang Jepun contohnya yang mengambil soya setiap hari, kulit mereka kelihatan lebih anjal dan mempunyai garis-garis halus yang sedikit. Pengambilan soya boleh
meransang kolagen daripada merosot yang boleh membuatkan kulit kendur dan berkedut.
|
betik |
7. Betik
Betik merupakan buah yang paling senang didapati di negara kita. So, ini tidak menjadi masalah kepada kita untuk makan betik pada kuantiti yang kecil setiap hari. Kebaikan betik untuk muka ialah betik dapat membantu muka bebas dari jerawat dan awet muda. Ini adalah kerana betik sangat berpotensi membantu membersihkan tubuh kita melalui pelawasan. Dengan
menyahtoksikkan tubuh kita, muka kita akan kelihatan lebih bersih dan sihat.
|
buah kiwi |
8. Buah kiwi
Sebiji buah kiwi yang kecil ini, mampu memberikan vitamin C kepada tubuh kita. Tahukah kamu bahawa tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri ? Sedangkan badan kita memerlukan 120% vitamin C setiap hari. Vitamin C ini dapat
meransang pembentukan kolagen yang dapat melicinkan garis-garis halus di muka. So tunggu apa lagi, jom kita makan buah kiwi setiap hari.
|
labu kuning |
9. Labu kuning
Melalui labu kuning pula, kita akan mendapat
vitamin A. Vitamin A ini penting dalam pembaharuan sel kulit. Hasilnya, kulit akan sentiasa lembut, halus dan dapat mengurangkan kedutan di muka.
|
kuaci bunga matahari |
10. Kuaci
Kita sebenarnya memerlukan 37% vitamin E setiap hari. Salah satu
sumber vitamin E yang kita boleh dapat ialah melalui kuaci bunga matahari. Kuaci ini dapat membantu kulit kita bebas dari jerawat. Tapi kena lah cari kuaci yang berkualiti tinggi. nanti terbatuk-batuk pula akibat makan kuaci.
10 jenis makanan digalakkan makan setiap hari oleh pakar kecantikan. Sekiranya anda sukar untuk mendapatkan kesemua jenis makanan di atas, supplement kami ada menyediakan beberapa pilihan yang terbaik dan lengkap untuk kulit andamenjadi anjal, gebu dan berseri-seri.
Anda boleh klik
di sini untuk baca lebih lanjut.
Hubungi saya untuk tempahan dan mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga diskaun.
“The greatest wealth is health." ~ Virgil
0 comments:
Catat Ulasan