Khamis, 30 Oktober 2014

Petang semalam, Master Laurah umumkan di group WhatsApp Magic Mentor, dia akan buat sharing tentang 'Pengurusan Kewangan' jam 8 malam. Kami pun sangat excited.
Berkobar-kobar kami mau hadir di class maya tersebut. Ada yang siap-siap makan, charge hp, mandi dan sebagainya. Takut ketinggalan ilmu.

Jam 8 malam, rakan-rakan mula menunjukkan kehadiran masing-masing. Ada yang sambil breastfeeding, ada yang sambil guide anak buat homework, ada yang sedang makan dan macam-macam lagi. Saya sendiri juga sedang dukung Hola yang agak manja beberapa hari ni sebab kurang sihat. Biarpun agak sibuk melayan dua anak kecil, saya tetap tidak mahu ketinggalan.

Master Laurah baru-baru ada attend seminar Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) yang dianjurkan oleh Dr.Azizan Osman. Apa yang dia bakal share ni merupakan ilmu dari IMKK. So memang aura dia kuat. Sebab diperturunkan dari orang-orang yang BERJAYA dan HEBAT..iaitu DAO dan share partner dia sendiri !!!

Wah..panjang pula pembuka bicara ni. Okay tanpa membuang masa. Ini dia 6 Tabung Ajaib untuk menguruskan kewangan kita.

6 JENIS TABUNG AJAIB

1. NECESSITY (Keperluan)
-peruntukan maximum 55% daripada jumlah pendapatan tetap dan sampingan.
-keperluan diri/keluarga, utiliti, ansuran dan sebagainya.
-pocket money untuk ibu
-bapa atau mentua juga termasuk dalam tabung ni.

2. LONG TERM SAVING FOR SPENDING
-10% daripada jumlah pendapatan.
-masukkan dalam tabung ini untuk kegunaan masa depan. Contohnya untuk pergi umrah bagi rakan Muslim ataupun untuk pergi melancong.

3. EDUCATION
-10% daripada pendapatan
-bukan untuk anak-anak tetapi untuk diri sendiri.
-untuk pelbagai ilmu pendidikan
-beli buku, bayar yuran masuk seminar/bengkel dan sebagainya.

4. FUN (KESERONOKAN)
-10% setiap bulan daripada pendapatan
-semata-mata untuk 'leisure' atau riadah keluarga.
-gunakan dan habiskan 10% ini setiap bulan. Jangan bawa ke bulan hadapan. Adalah sangat disarankan, setiap keluarga ada leisure activities setiap bulan.

5. FINANCIAL FREEDOM ACCOUNT 
-10% daripada gaji setiap bulan.
-bulan pertama pastinya tidak banyak tapi sekurang-kurangnya ada tabungan.
-bila suda banyak terkumpul, buka akaun bank. Bila banyak boleh buat investment dan sebagainya.
-jadikan tabung ini sebagai pasif income, duit beranak sendiri.
-Sekiranya ada duit lebih, masukkan dalam tabung ini. Contohnya: Elaun overtime

6. TABUNG CHARITY
-5% daripada pendapatan
-sedekah pada sumber yang betul
-betul memerlukan.
-kuasa sedekah amat besar
-sedekah bukan termasuk duit untuk ibu bapa
-untuk ibu bapa, tabung necessity (keperluan)
-sedekah pembuka rezeki

So ini dia 6 Tabung Ajaib. Lihat lah Tabung Ajaib saya. Saya hanya guna semula saja botol storage susu.. ^^
Semoga sharing saya ini dapat membantu anda semua..^^ Semoga maju jaya kawan-kawan. Anda juga mampu jadi hebat !!! Kita MAMPU jadi HEBAT !!! 

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...