Kawan-kawan lain sudah share. Giliran saya pula. Cabaran Vision Board ini diberikan oleh Master Laurah yang disayangi, CEO Magic Mentor Lionize.
Sebenarnya, kami sudah buat Vision Board kami sebaik saja kami betul-betul serious berShaklee. Tapi master minta kami buat sekali lagi. Upgrade Vision Board masing-masing. Kali ini, master agak tegas. Siapa yang tidak buat dia akan remove terus. Tujuan master simple, dia mahu lihat siapa yang benar-benar serious. Saya diantara yang serious. Yang mahu kena guide oleh master Laurah. Yang tidak mahu kena remove.
So, ini Vision Board saya. Ada beberapa perkara yang saya ingin capai dalam hidup saya. Di sini saya kongsikan bersama anda.
(1). Saya mahu Financial Freedom dalam masa 5 tahun. Di mana saya bebas dengan hutang-hutang dan dapat memberi tanpa berkira-kira.
(2). Saya juga inginkan percutian yang kerap bersama keluarga. Ini salah satu terapi minda untuk semua ahli keluarga saya.
(3). Pasal kereta ni saya sebenarnya tidak pandai sangat. So, saya pilih saja yang saya suka lihat.
(4). Saya ingin menjadi WAHM yang berjaya. Saya sangat-sangat lah ingin sebab mahu melihat anak-anak membesar setiap saat di depan mata sendiri. Saya mahu spend time lebih bersama anak-anak.
(5). Wooden house. Saya sangat suka dengan wooden house. Ala-ala macam resort gitu..hehe..
(6). Dan yang terakhir, saya ingin membantu diri sendiri, suami, anak-anak dan keluarga saya dari segi masa, kesihatan dan kewangan. Ini juga amat penting bagi saya. Saya sedih kalau tidak mampu membantu.
So ini Vision Board saya dalam masa 5 tahun. Anda pula bagaimana? Sudi-sudi la kongsi dengan saya.
0 comments:
Catat Ulasan