Jumaat, 3 Oktober 2014

Semalam saya telah baca article di bawah ni.

Memang sangat best. Permainan yang diperkenalkan adalah sangat mudah didapati. Hampir kesemuanya boleh didapati di dalam rumah kita sendiri. Untuk ibu seperti saya ini, saya sangat bersyukur adanya perkongsian seperti ini.

So, saya pun mulakan langkah pertama saya memperkenalkan permainan ini kepada baby girl saya, Hola Abigail yang sekarang berusia 1 tahun 6 bulan. Saya ambil apa yang saya nampak ada di rumah. Kebetulan ada mangkuk pakai buang dan batu-batu akuarium yang berwarna-warni.

Saya ambil beberapa ketul batu tersebut dan 3 mangkuk pakai buang. Saya bawa Hola duduk bersama dan letakkan mangkuk serta batu-batu ini di depan dia. Belum lagi duduk betul-betul, I can see muka Hola sudah sangat excited. Kaki dihentak-hentak riang sambil ketawa-ketawa. Batu yang warna-warni tu sangat menarik perhatian dia.

Then, I showed her how to play. Saya hanya tunjukkan Hola masukkan dan keluarkan batu-batu tersebut dari mangkuk ke mangkuk. Saya tidak buat sorted colors sebab tidak cukup kuota batu-batu tu..hehe. 

Lepas tunjukkan Hola, saya biarkan dia main batu-batu tu sendiri. Saya hanya memerhati di sebelah dia.
Saya boleh nampak dia sangat fokus. Keluarkan dan masukkan batu-batu tersebut ke dalam mangkuk. 

Hampir sejam juga dia fokus bermain sendiri. Lepas sejam, dia ajak saya pula bermain bersama dia. Dia minta saya hulurkan tangan, lalu dia letakkan batu-batu tersebut di atas telapak tangan saya. Kemudian, dia akan ambil sebiji demi sebiji batu tersebut dan masukkan semula ke dalam mangkuk. Ini juga mengambil masa dalam 30minit sebelum dia berasa bosan.

Best sangat nampak anak fokus sebegini. Dia gunakan 1jam 30minit untuk explore permainan ini. Hopefully membantu perkembangan minda Hola. Pada masa yang sama, saya memang memberikan anak saya OmegaGuard, Mealshakes dan Chewable Vitamin C setiap hari. Set ini dapat membantu anak saya untuk lebih fokus disamping imun sistem badan dipertingkatkan. Bila anak sihat ceria, anak dapat belajar dengan mudah dan ibu pun sangat happy. Betul kan..

Ibu-ibu lain jom cuba..dan share la dengan saya pengalaman kamu..^^ Sharing kan caring..hehe
Okay guys. 

Thank you for reading me. Have a nice day.

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...