Hari ini masuk hari ke-4 peperiksaan SPM. Sudah terpancar urat-urat tekanan di wajah calon-calon SPM ini jika dibandingkan dengan hari pertama peperiksaan. Hari pertama, saya lihat muka mereke ceria bersemangat biarpun ada debaran.
Ada juga calon terjerit kelmarin untuk melepaskan ketegangan di kepala dia. Kami sangat bersimpati melihat keadaan dia. Kami terus menasihati dia untuk tarik nafas dalam-dalam. Terkenang pula diri sendiri ketika menduduki peperiksaan SPM suatu ketika dahulu. Memang sangat tension.
So, di sini saya ingin kongsikan SATU CARA MUDAH untuk atasi panik semasa peperiksaan. Mudah saja. Tarik nafas dalam-dalam. Tapi kena betul. Nanti pula tarik nafas makin panik lah pula.
Tips di bawah ini saya dapat dari www.osmanaffan.com. Menurut beliau dalam post bertajuk : Kurangkan Debaran Semasa Peperiksaan :
" Cara mudah untuk menyelesaikan masalah ini ialah, pertama, duduk atau berhenti seketika. Tarik nafas sedalam-dalamnya. Jika boleh tarik nafas panjang selama 7 saat. Kemudia tahan selama 7 saat juga (dalam masa yang sama tenangkan atau kosongkan fikiran anda) dan kemudian lepaskan perlahan-lahan selama 7 saat juga. Buat aktiviti ini 5 ke 10 kali. Sebaik-baiknya anda amalkan cara pernafasan begini semasa mengulangkaji pelajaran. Nanti kesannya lebih baik jika anda lakukan semasa peperiksaan."
Adik-adik boleh praktikkan tips di atas sekiranya rasa-rasa panik datang. Selain tips di atas, beliau juga kongsikan Tips-tips Psikologi Peperiksaan .
Terima Kasih kerana membaca. Sehingga berjumpa lagi di entry seterusnya.

0 comments:
Catat Ulasan