Isnin, 10 November 2014


Pada 8hb November 2014, Sabtu lalu, sekolah tempat saya mengajar telah mengadakan Hari Keluarga bersama murid Tahun 6. Aktiviti pada Hari Keluarga ini ialah berkelah di tepi sungai. Tujuannya ialah untuk me"relax"kan diri setelah berhempas pulas mengharungi peperiksaan UPSR bersama-sama. 

Sekolah kami dekat dengan sungai. So, tidak perlu pergi jauh-jauh. Kami berkelah di luar pagar sekolah saja. Simple activity tapi best sangat. Murid-murid pun terhibur. 

Ada ibu-bapa yang pergi memukat ikan, murid-murid  bermain gitar bersama guru dan guru-guru wanita pula make sure makanan tersedia.  


Haah..ini antara yang kami panggang. Simple saja. Sate, fish cake, fish ball. Yang lain bawa dari rumah.

 

Haah..ini pula masak nasi dalam batang bamboo. Sedap nasi masak di sini. Wangi.

Tidak banyak pula kami ambil gambar. Sebab semua sibuk dengan aktiviti. Hehe..yang penting semua happy dan balik dengan gembira.  

Sekian saja sharing pada kali ini. Terima kasih kerana membaca.. :D

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...